Tergantung Niatnya

  • Sumo

Suatu waktu terjadilah pertempuran antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua belah pihak berjuang saling mengalahkan. Tiba-tiba pertempuran diberhentikan seketika dan kedua belah pihak pulang ke markas masing-masing. Nabi Muhammad saw berkumpul bersama shahabatnya dan memperbincangkan pertempuran yang telah berlangsung. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang yang bernama Qotzman.

Selama pertempuran berkecamuk, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar menerkam mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah bibir ketika itu. “Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman,” kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, “Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka.” Para sahabat menjadi heran mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana mungkin seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam  tetapi terseret ke dalam neraka?. Para sahabat saling berpandangan  satu sama lain setelah  mendengar jawaban Rasulullah itu.

Rasulullah saw sadar, para sahabatnya tidak begitu percaya dengan jawaban tersebut, lantas baginda berkata, “Ketika Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah. Tak lama kemudian ia menghadapkam mata pedang itu ke dadanya. Lalu ia  membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya.”

“Dia melakukan perbuatan itu  kerana  tidak kuat menahan sakit  akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berperang dengan musuh, tetapi bunuh diri.  Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka bahwa dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka.”

Menurut Rasulullah saw, sebelum dia mati Qotzman pernah mengatakan: “Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang”.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.